2 Bayi maut tersedak susu

Berita cenggini yg wt ai berenti keja....puas ati jg sendiri....mmg kla dh ajal meanjemput,d mn2 sj....tp,klu jd cmni nk slhkn sapa?



Oleh Raja Noraina Raja Rahim/rnoraina@hmetro.com.my
SEDIH...anggota keluarga seorang bayi maut tersedak susu menunggu di luar bilik mayat HKL, semalam.

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki berusia tiga dan tujuh bulan yang dihantar ke sebuah taska di Taman Permata, Hulu Klang di sini maut dipercayai akibat tersedak susu, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kedua-dua bayi berkenaan yang dikenali sebagai Muzafar Mohd Faizal, berusia tiga bulan dan Haris Ruhil, tujuh bulan, diberikan susu oleh pengasuh taska berkenaan sebelum tiba-tiba mereka mengalami masalah pernafasan.Pemilik taska itu kemudian menghantar kedua-dua bayi itu ke sebuah klinik berhampiran untuk rawatan, namun kedua-dua bayi itu kemudian disahkan sudah meninggal dunia.Berikutan kejadian itu, ibu bapa kedua-dua mangsa kemudian membuat laporan polis.Bapa Muzafar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata anak bongsunya daripada dua beradik itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan.Sebelum ini, anaknya yang sulung turut dihantar di taska sama tetapi tiada berlaku kejadian yang tidak diingini.


Sumber:Harian Metro

1 comments:

  1. ya Allah..sedihnya kan bila kehilangan org tersyg sekelip mata je..rase nk benti keje n besarkn anak2 sendiri je kan..manusia oh manusia..sgt lalai dan amik mudah..

    ReplyDelete

 

My Visitor

Reading Now

Followers

Advertisement