Penggunaan Alkohol Semasa Solat

Info:
 WANGIAN DAN ALKOHOL
Wangian  dan alkohol adalah dua perkara berbeza namun ianya adalah perkara yang amat amat biasa kita dengar.Sekiranya kita berminat dengan perfume atau wangian, biasanya ia sekali dengan kandungan alkohol.Persoalannya, adakah memakai wangian yang mengandungi alkohol ini sesuai dipakai dan adakah ia memudaratkan? atau adakah ia najis untuk dipakai terutamanya melibatkan soal ibadah seharian kita?Baiklah, mari kita buka minda dan sebarkanlah ilmu ini kepada semua kawan kawan kita, saudara mara dan siapa sahaja yang seagama dengan kita supaya tidak lahir kekeliruan lagi.Ulama' dahulu menghukumkan minyak wangi yang mengandungi alkohol ini adalah haram kerana mungkin pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap secara meluas akan hakikat kandungan yang terdapat dalam alkohol dan jenis-jenisnya,bagaimana ia terjadi, prosesnya,dan apakah ianya sama dengan alkohol yang sama berada didalam minuman yang disebut oleh kita sebagai arak dan sebagainya.Tetapi ulama'-ulama' pada masa kini mengeluarkan fatwa bahawa ianya TIDAK NAJISdan boleh dibawa untuk tujuan ibadah termasuk solat.fatwa yang dikeluarkan ini adalah berdasarkan hasil kajian menyeluruh dan insyaAllah menyingkap hakikat penggunaan alkohol secara meluas dalam penggunaan seharian kita terutama dalam solat atau urusan ibadah yang memerlukan kita suci dari segala jenis najis. Fatwa Majlis kebangsaan :"Ubat - ubatan atau wangian yang mengandungi alkohol adalah diharuskan penggunaannya" Lembaga Fatwa Al-Azhar :"Alkohol tidak najis manakala arak tetap najis" Fatwa Almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya - ANTA Tas al Wa Islam Tujib-: "Memakai perfume yang mengandungi alkohol adalah Halal, alkohol hukumnya HARAM jika diminum untuk bermabuk-mabukkan" Menurut kitab - Al Fiqh  Al Muzaahibil Arba'ah-bab : an najaasaat : 1 :"Alkohol yang dimasukkan kedalam minyak wangi agar tahan lama atau juga untuk tujuan menaikkan roti hukumnya adalah HARUS" Anda boleh menemui banyak jawapan bila anda mengambil sedikit masa anda mencari jawapan dilaman sesawang yang banyak membincangkan soal berkenaan wangian dan alkohol.Jadi apa yang ingin saya kongsikan disini adalah, minyak wangi atau perfume yang mengandungi alkohol juga boleh dipakai  termasuk untuk tujuan solat atau sebagainya.
Rujukan: JAIS PORTAL RASMI FATWA MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment

 

My Visitor

Reading Now

Followers

Advertisement