Kenapa kita perlu minum air?

Assalamualaikum...
 
Mesti ramai yang jarang minum air kosong kan?especially orang yang kurang senam dan tak ambil apa2 supplement tambahan.Jom baca kenapa air sangat penting untuk kesihatan badan kita...
 
 

Air adalah sangat penting kepada badan kita. Kita biasanya akan mandi menggunakan air untuk menghilangkan bau badan, daki dan kotoran yg berada di kulit. Sama juga seperti dalaman kita. Kita perlu minum air yang cukup untuk membersihkan segala yang kotor, membuang toksin yang berada  di dalam badan kita. Selain itu, pengambilan air yang banyak dapat membantu kita dalam penurunan berat badan yang sihat seperti meningkatkan metabolism badan dan memecahkan lemak.

Badan kita sangat memerlukan air sebagai fungsi detoksifikasi iaitu membuang toksin-toksin yang telah masuk kedalam badan kita, melicirkan sendi-sendi sistem tulang, menyokong sistem penghadaman, mengawal suhu badan dan menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan.

Hal ini kerana 70 % dari badan kita terdiri daripada air.


Otak

Otak kita adalah 85% air dan merupakan organ pertama yg akan mendapat kesan jika kita kekurangan air. Otak yg mengawal rasa dahaga dan mengurangkan fungsi buah pinggang untuk menapis air. Selain itu, keupayaan otak akan menurun disebabkan kekurangan air. Kita akan berasa melayang-layang, pening, nak pitam dan yang lebih kronik badan terasa lesu, pandangan menjadi kabur, letih dan stress.

Mulut

Badan kita akan hilang sekurangnya 500ml air apabila kita dahaga. Kekurangan air akan menjejaskan fungsi air liur yg bagus untuk kesihatan dan kebersihan mulut. Disamping itu, kekurangan air juga akan menyebabkan gigi cepat rosak kerana air liur meneutralkan asid yang boleh melemahkan kekuatan gigi.

Paru-paru

Paru-paru adalah 80% air dalam badan kita dan kita kekurangan air setiap kali kita melakukan penafasan. Setiap hari manusia akan hilang sekurang-kurangnya satu tin air melalu pernafasan. Jumlah tersebut juga akan meningkat dgn peningkatan suhu, kekeringan udara dan ketinggian altitud.

Jantung

Jantung adalah 77% air. Keupayaan jantung untuk mengepam darah akan menurun disebabkan kekurangan air. Hal ini akan menyebabkan berlakunya penyakit jantung.

Buah Pinggang

Buah pinggang amat memerlukan air untuk bekerja. Kekurangan air akan menyebabkan berlakunya serangan jantung dan strok. Ini kerana, buah pinggang gagal bekerja untuk mengawal jumlah air dalam badan, membuang bahan buangan/toksin melalui air kencing dan meninggalkan nutrien dalam darah.

Perut

Air sangat penting untuk diet yang sihat. Pengambilan air yang cukup dapat mengawal selera makan disamping dapat membantu sistem penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yang menceraikan makanan. Minum air sebanyak 500ml dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30% dan mampu menukar makanan kepada tenaga. Sebab inilah mereka yang ingin menurunkan berat badan disarankan banyak minum air.

Pundi Kencing

Badan kita kehilangan air melalui peluh, najis, pernafasan dan melalui air kencing. Jika kita buang air, adalah petanda yang jelas supaya kita perlu meningkatkan pengambilan air. Disamping itu, pengambilan air yang banyak dapat membantu kita melawan penyakit batu karang dan kencing kotor.

Darah

Darah ialah 77% air dan ia amat penting kerana darah akan menyalurkan nutrien ke seluruh anggota badan. Air akan membantu penjagaan struktur sel dan menyalurkan oksigen dalam darah. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat dan badan perlu bekerja lebih untuk menyalurkannya ke seluruh badan.

Kulit

Kekurangan air akan memberi kesan kepada rupa kulit seperti menjadi kering,tidak bermaya. Ini kerana kulit bertindak sebagai penyimpan air.Air hilang dari permukaan kulit dengan tersejat dan kadarnya akan meningkat dengan peningkatan suhu, kekeringan udara dan peningkatan altitud. Di negara cuaca panas, penyejatan air boleh mencecah 2.5 liter/jam. Air juga hilang melalui peluh akibat peningkatan aktiviti atau bersukan. Kadar kehilangan air melalui peluh adalah dalam 1-2 liter/jam
 

 
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PENANG boleh hubungi Ai untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Ai akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Jika anda berdekatan dengan Shaklee PENANG atau lain-lain branch, boleh gunakan ID Ai 988021 untuk membeli vitamin-vitamin Shaklee dengan harga ahli. Jimat sangat
 

0 comments:

Post a Comment

 

My Visitor

Reading Now

Followers

Advertisement