15 Tips Turunkan Berat Badan

PANDUAN KURANGKAN BERAT BADAN.

Berikut adalah pekongsian dari Dr Hamid Arshat tentang cara2 mengurangkan berat badan.

Cuba amalkan panduan2 ini.

1. Jangan terlalu laju makan. Habiskan makan selama 20 minit. Jangan cuba berlumba untuk habiskan makanan antara suami isteri. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit atau lebih diperlukan untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.
2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.
3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap tanpa overcooking, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan .
4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.
5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum saperti donut, cakes dll. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.
6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.
7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.
8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.
9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.
10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang. Minum air mineral waktu rehat makan.
11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 ia ulang makan.
12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil. Lebihkan sayur2 atau salad dan lauk2 dalam hidangan serta kurangkan nasi.
13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.
14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh nak makan,  jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.
15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah. Exercise hingga berpeluh. Jauhkan minuman manis selepas exercise atau berkerja. Minum air mineral saja.
 Perlukan khidmat rundingan dan konsultasi percuma??

Hubungi Ai segera

0134466077

Email:aimie8384@gmail.com
Fb: Ai Hashim
Whatsapp: SkinSpa2U
Official Page: SkinSpa To You
COD:Penang/Kedah
Poslaju:Seluruh Malaysia dan luar negara

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment

 

My Visitor

Reading Now

Followers

Advertisement